.

.

PENGELASAN TUMBUHAN



TAHUN 4 - PENGELASAN PROSES TUMBUH-TUMBUHAN .

Keperluan Asas Tumbuh-Tumbuhan

Keperluan asas tumbuhan ialah udara, air dan cahaya matahari. Makanan bukanlah keperluan asas tumbuhan kerana ia boleh menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis. 
Tumbuhan memerlukan udara untuk mendapatkan oksigen bagi proses pernafasan dan mendapatkan karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Tanpa udara, tumbuhan tidak dapat menghasilkan makanannya sendiri dan ia akan mati.

Tumbuhan memerlukan air sebagai medium pengangkutan nutrien dan garam mineral ke bahagian tumbuhan yang lain seperti daun dan batang tumbuhan itu. Air juga diperlukan untuk proses fotosintesis, mengekalkan kesegahan, kesegaran dan juga sebagai mekanisme kawalan suhu.

Tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk bercambah dengan baik dan membesar untuk terus hidup. Ia menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis dan membuat makanannya sendiri. Tumbuhan hijau menggunakan pigmen hijau bernama klorofil untuk menyerap tenaga daripada cahaya matahari.

KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN


  • UDARA  = UNTUK BERNAFAS
  • AIR   =  MENGEKAL SUHU
  • CAHAYA MATAHARI  = MEMBUAT MAKANAN (proses fotosintesis
   Kesemua benda - benda hidup tidak dapat hidup tanpa keperluan asas tersebut. Tumbuhan menyerap cahaya matahari melalui daunnya. 

Hasil carian imej untuk imej tumbuh-tumbuhanHasil carian imej untuk imej tumbuh-tumbuhan




Hasil carian imej untuk imej tumbuh-tumbuhanHasil carian imej untuk imej tumbuh-tumbuhan

3 comments:

  1. Menarik dan mengimbau kenangan zaman persekolahan dahulu. Usaha yang baik cikgu.

    ReplyDelete
  2. sukanya tengok pokok cili tuuu....sebab kat umah pun pokok cili cenggitu...
    tajuk proses fotosintesis dulu tu belajar darjah berapa...x ingatla....
    Tq syer semua ni.

    ReplyDelete