.

.

CONTOH SOALAN


 CONTOH-CONTOH SOALAN SAINS BAHAGIAN B

PENGENALAN
Soalan Bahagian B dalam Kertas Peperiksaan UPSR Sains digubal untuk menguji tahap penguasaan murid dalam kemahiran proses sains. Ianya merupakan item subjektif yang sesuai digunakan untuk mengenal pasti tahap intelektual dan proses kognitif seseorang murid. Pada masa yang sama dapat menggalakkan murid-murid melakukan interpretasi, analisis, sintesis dan mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi.

FORMAT PEMARKAHAN
Soalan Sains Bahagian B mengandungi 5 soalan induk dan 20 sub-soalan.
Pada kebiasaannya setiap soalan induk mengandungi 4 sub-soalan.
Satu markah diperuntukan bagi setiap sub-soalan.
Jumlah keseluruhan markah soalan Bahagian B adalah 20 markah.
  
TEKNIK JAWAB BAHAGIAN B
SOALAN INDUK
Setiap soalan induk mengandungi 4 elemen penting iaitu:
  1. Rangsangan Soalan
    • Paparan dalam bentuk teks seperti penerangan dan pernyataan serta paparan dalam bentuk grafik seperti jadual, carta palang dan rajah.
  2. Stem Soalan
    • Maklumat khusus bagi menerangkan tajuk perbincangan dan dimuatkan dalam rangsangan soalan.
  3. Tugasan
    • Terkandung dalam sub-soalan berdasarkan beberapa bentuk soalan.
  4. Respon
    • Panduan untuk memberi penilaian terhadap respon.
    • Nilai markah yang diberi kepada jawapan murid.
STRUKTUR SOALAN

Rajah di bawah menunjukkan contoh struktur  soalan induk dalam Kertas Sains Bahagian B.


Struktur Soalan

Calon harus meneliti dan membaca dengan cermat semua maklumat yang dipaparkan dalam soalan.
Dengan ini murid dapat menjawab soalan dengan fakta dan betul.



 sentiasa kerap  membuat latihan untuk menjadikan murid lebih seronok !!!!!!!!!!





1 comment: